Tuesday, November 28, 2023

Spa Pengantin Naikkan Aura Seri Di Spa Senawang

Rawatan Pengantin Di Spa Senawang..


Bagi para bakal pengantin, kita hendaklah membuat persiapan diri kita bagi menghadapi harei yang bahagia kita tanpa rasa segan dan merasa confident bagi membuatkan pengalaman malam pertama anda menjadi memorable dengan pengalaman yang baik.


Oleh itu kami menyediakan rawatan pengantin mengikut budget masing masing.


PAKEJ PENGANTIN A

1- Urutan Bertungku

2- Body Whitening Scrub

3- Body Whitening Milk Mask

Rawatan selama 2 jam ( Estimated )


RM 208




PAKEJ PENGANTIN  B

1- Urutan Badan Naik Seri

2- Body Whitening Scrub

3- Body Milk Mask

4- Mandian Bunga Susu Aura


RM 288





PAKEJ PENGANTIN C

1- Whitening Body Scrub

2- Whitening Body Milk Mask

3- Urutan Badaan Naik Seri

4- Mandi Bunga Susu Aura

5- Brightening Facial Nano Melano


RM 388





Pakej Penganti Premium

1- Whitening Body Scrub

2- Whitening Body Milk Mask

3- Sauna

4- Menicure Pedicure

5- Whitening Bleaching

6- Mandi Bunga Susu Aura

7- Totok Wajah

8- Brightening Facial Nano Melano

RM 688









Monday, November 27, 2023

Facial Jerawat Di Senawang



 Hi uolls.. Kulit anda kini sedang berjerawat? Bila raba kulit pipi terasa biji biji pasir halus? Anda tau kulit anda kini dilanda masaalah.

Jangan risau.. Datang je ke pusat rawatan kami. Kami pakar dalam menangani masalah kulit muka, kerana jerawat ada bermacam jenis.

Jerawat Pasir

Jerawat Bernanah

Jeragat kuman merah merah biji halus

Jerawat Kronik

Setiap masalah jerawat kami mempunyai solusi berbeza.

Dapatkan rawatan jerawat bermula dari RM 159 - 260.




Friday, November 24, 2023

Intensive Vitamin C Facial Di Spa Sendayan

 Permulaan jeragat dari dalam kulit akibat horman tidak stabil, sinaran UV, serta tiada penjagaan kulit muka disebabkan kesibukan rutin harian.




Kulit jenis ini memerlukan rawatan yang khusus yang dapat mengeluarkan kulit mati. Di sini kami menggunakan Concentrated VITAMIN C yang dapat membuang lapisan kulit yang tebal tanpa ada kesan merah-merah atau mengelupas sedikitpun.




Kulit juga memerlukan lembapan yang padu untuk menguatkan sel sel kulit bagi menampung kulit yang sihat. Penggunaan HYLORONIC ASID iaitu sejenis bahan yang kaya dengan air dapat memberi lembapan kulit yang menyeluruh.

Dermabrassion Machine juga dapat mengeluarkan sisa sisa kulit mati yang menghalang penyerapan nutrient dari produk.

Hasil daripada rawatan ini, kulit akan menjadi cerah gebu lembab dan licin.

Sesuai bagi kulit yang terlalu kusam serta berjeragat yg kronik dan dapatkan rawatan di Facial Sendayan hanya di Facial Sendayan.




Tuesday, November 21, 2023

Urutan Berpantang Tradisional di Spa Senawang

SESUATU yang normal apabila wanita tidak selesa dan berasa penat kerana tubuh mengambil masa untuk pulih secara semula jadi selepas melahirkan anak.

Dalam tempoh berkenaan, selain penjagaan kesihatan diri seperti penggunaan herba membantu mengelak daripada masalah 'angin' dan sebagainya, penjagaan emosi terutama mental ibu juga sangat penting.




Itu antara sebab mengapa urutan tertentu diperlukan ibu selepas bersalin atau bermulanya tempoh berpantang untuk beri kelegaan, ketenangan dan berupaya menghilangkan rasa letih serta sengal di badan.

Perawatan atau pemulihan wanita selepas bersalin dan berbeza mengikut individu.

Karakter utama menjadikan setiap perawatan berlainan kerana suhu setiap wanita juga berbeza.



"Baik dari segi pemakanan, cara mandi, tuam, tangas sehinggalah urutan bersalin semuanya berbeza.

Umumnya perlu diketahui rahim atau tubuh wanita selepas bersalin boleh pulih dengan sendirinya

Cuma, dengan penjagaan tambahan memberi kesan pemulihan lebih baik terutama jika mereka mahu melakukan hubungan intim dengan suami.

Menjelaskan mengenai penjagaan wanita sejurus selepas bersalin katanya, peringkat awal tidaklah rumit serta mempunyai tertib rawatan tertentu.

Sebenarnya untuk rawatan wanita selepas bersalin, peringkat awal cukup hanya berurut. Urutan juga hanya membabitkan bahagian tubuh tertentu seperti payudara, muka, tangan dan belakang badan.

Kemudian barulah bertungku atau bertuam. Bertungku dan bertuam berbeza kerana tungku menggunakan batu sungai serta berat.

Ibu yang baru lepas bersalin lebih sesuai bertuam kerana kain dengan isian herba seperti lada hitam, bunga cengkih dan banyak lagi yang terlebih dahulu disangai (masak dalam kuali tanpa minyak) sesuai untuk kurangkan sengal badan.

Paling penting sebenarnya bagi setiap ibu ialah mengenakan bengkung bertujuan mengembalikan keadaan perut ibu kepada keadaan asal.

Urutan rutin penjagaan selepas bersalin bermula dengan mandi serom, dituam, diurut, barulah pemakaian bengkung dan sapuan herba di dahi (pilis), badan (param) dan perut (tapel).

Urutan selepas bersalin mempunyai tertib dan jenis tertentu mengikut fungsi serta kesesuaian dalam merawat wanita.

Urutan pula sebenarnya banyak jenis dan ia mengikut tempoh hari berpantang setiap wanita yang bersalin.

Bagi ibu berpantang ada empat jenis iaitu urutan pembuka pantang, urutan pemulihan pantang, urutan rawatan pantang dan urutan penutup pantang.

Urutan pembuka pantang contohnya dilakukan pada hari ketiga hingga hari ke 10 dengan posisi telentang selain meliputi kawasan kepala, leher, payudara, tangan serta sapuan minyak pada tapak kaki. Ini membantu pengaliran dan pengeluaran susu.

Pemulihan pantang pula pada hari kelima hingga ke 29 untuk seluruh badan kecuali bahagian perut untuk mereka yang menjalani cesearean. Tujuan bagi lancarkan darah bantal serta darah nifas.

"Berikutnya adalah pada hari ke 25 hingga hari ke 43, urutan susur urat bagi lembutkan saraf dan otot tegang. Ini lebih kepada urutan menenangkan dan bantu si ibu relaks.

Urutan berkenaan diakhiri dengan urutan penutup pantang bagi naikkan seri selain menghindari wanita supaya tidak mati putik.

Mengenai pantang larang pemakanan pula, tidak ada sebarang pantang larang kerana tahap toleran individu berbeza dengan setiap makanan.

Ia perlulah seimbang dan elak pengambilan makanan yang boleh memberikan risiko alahan atau tidak selesa pada perut.

Biasanya kami sarankan banyakkan makanan sayur-sayuran terutama yang hijau dan pengambilan protein boleh percepatkan pulih luka dalaman.

*Facial Murah di Spa Senawang Anjung Meranti Beauty Spa*

Facial @ Spa SENAWANG menawarkan rawatan bagi kulit yang bermasalah seperti Jeragat, Jerawat, Parut Berlubang, Kusam, Jerawat Batu, Jerawat Pasir dan sebagainya.


Facial Senawang adalah your skin expert dan tulus dalam memberikan rawatan mengikut masalah kulit. Skin expert dengan rawatan yg berharga berpatutan. Kesan perbezaan segera.


Facial Senawang berLokasi kami di selang Dua pintu dari Maybank Dataran Senawang, atas kedai spek Mata.*

Anjung Meranti Beauty Spa

78-1 and , Jalan Komersil, Persiaran Senawang 4, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

013-684 2222

https://maps.app.goo.gl/HaUuW3WSDFUXrRh98

Facial Senawang anda akan dibuat mengikut masalah kulit muka anda. Bagi yg tak ada masalah kulit muka just nak bagi glowing balik serta refresh pun boleh sis.

Facial Senawang di Anjung Meranti Beauty Spa

#spaseremban2 #spasendayan #facialsendayan #sendayanspa #spasenawang #facialseremban2 #facialsenawang #facialseremban #spapengantinsenawang #spamuslimah #spaterbaiksenawang #waxingsenawang #waxingsenawang #bodywhiteningsenawang #bleechingsenawang #bleachingseremban #urutsendayan #urutsenawang #whiteningbody #skintag

Urutan Tradisional di Spa Senawang Anjung Meranti Beauty Spa

Rawatan urutan secara tradisional sememangnya telah menjadi satu amalan turun temurun sejak zaman nenek moyang lagi khusunya bagi wanita selepas bersalin kerana urutan tradisional baik untuk kesihatan, terutama sekali bagi mereka yang sudah mencecah usia 30-an. Rawatan Urutan tradisional ini kebiasaannya diwarisi daripada ibu atau nenek, yang diperturunkan kepada generasi baru agar cara urutan tradisi ini tidak hilang ditelan zaman.

Menurut pemilik spa kami yang mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman dalam bidang ini, terdapat banyak manfaat dengan melakukan urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dalam badan sekali gus melancarkan perjalanan darah, menghilangkan kebas dan lesu. Urutan juga mampu mempercepatkan proses pemulihan tenaga, mengurangkan keletihan, memecahkan lemak dalam badan serta boleh menaikkan seri muka. Bagi wanita, urutan tradisi boleh memulihkan kitaran haid serta melancarkan peredaran darah. Urutan dilakukan bukan sahaja untuk memperolehi tubuh yang lebih sihat, malahan juga membantu seseorang wanita untuk mengekalkan tubuh badan yang langsing.


Oleh yang demikian, rawatan urutan tradisional ini bukan sahaja penting untuk wanita selepas bersalin tetapi juga diamalkan oleh wanita muda yang mengetahui kebaikannya. Ini kerana antara kebaikan urutan ialah ia mampu mengesan penyakit yang berpunca daripada urat saraf, selain daripada melegakan badan selepas penat seharian bekerja yang lazimnya mampu mengurangkan ketegangan.


Di Anjung Meranti Beauty Spa kami mempunyai pengalaman dalam bidang berbidanan, tradisional mahupun terkini. Spa Senawang kami mengambil therapist terdiri dari golongan yang mengambil sijil dalam bidang ini.

Spa Pengantin Naikkan Aura Seri Di Spa Senawang

Rawatan Pengantin Di Spa Senawang.. Bagi para bakal pengantin, kita hendaklah membuat persiapan diri kita bagi menghadapi harei yang bahagia...