Tuesday, July 12, 2022

Urutan Tungku Herba Panas Di Spa Senawang





Rawatan ini berlangsung selama satu setengah jam. Urutan seluruh badan diikuti dengan tekapan tungku herba panas seluruh badan bagi memecahkan angin bisa, melembutkan urat yang tegang dan melancarkan perjalanan darah seluruh badan.

Bermanfaat bagi yang mempunyai masaalah sakit badan, bisa badan, sengal sengal, badan berangin, letih selalu dan tak bersemangat.

Dianjurkan buat tiga hari berturut turut bagi yang bermasaalah kritikal.


12 Kebaikan amalan bertungku

  1. melancarkan darah
  2. membuang lendiran darah kotor
  3. mengelakkan bentan
  4. mengecutkan rahim (wajib utk ibu2 selepas bersalin)
  5. menaikkan peranakan
  6. berkesan utk mengurangkan sakit senggugut
  7. melancarkan haid
  8. melegakan rasa lesu & sengal2 badan
  9. membuang angin
  10. menghangatkan badan ibu
  11. mengecutkan urat yang kembang
  12. darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.

Siapa yang patut bertungku

  • Ibu-ibu yang berpantang
  • Mereka yang rasa berat sangat badan macam galas batu
  • Bagi yang sakit kaki urat keras/sejuk kaki
  • Juga yang sokmo krem bahagian rahim
  • Untuk melegakan mereka yang sakit belikat bila tarik nafas sakit sampai rusuk
  • Sangat bagus untuk mereka yang sakit bahagian ari-ari (rahim jatuh)
  • Bagi yang sakit belakang duduk lebih 3 jam kat opis juga baik untuk ditungku.
  • Juga untuk yang duk menderita berguling-guling ‘period pain’
Urutan tungku herba panas di Senawang terbaik


 

No comments:

Post a Comment

Spa Pengantin Naikkan Aura Seri Di Spa Senawang

Rawatan Pengantin Di Spa Senawang.. Bagi para bakal pengantin, kita hendaklah membuat persiapan diri kita bagi menghadapi harei yang bahagia...