Anjung Meranti Beauty Spa

Thursday, 20 April 2017

22:35

Urut 1 Badan 1 Jam tapi RM59 Jer? Biar betul ni..

Urut 1 Badan 1 Jam tapi RM59 Jer? Biar betul ni..



Masa lalu kat Anjung Meranti Beauty Spa ni rasa cam serba salah nak masuk. Yelah nama pun spa kan..Rata-rata kengkawan yang masuk Anjung Meranti Beauty Spa ni suka dengan rawatan dorang.Semua kengkawan cakap spa  kat Anjung Meranti Beauty Spa ni kan rawatan dia memang berbaloi dengan harga rawatan dia..

Mula-mula kita orang nak pergi urut kat tempat yang biasa-biasa je, almaklumla kiteorang ni bajet pon ehem2 gak..Tapi masa kiteorang datang untuk tanya pasal pakej lain-lain rawatan terus je dapat offer urutan 1 badan 1 jam dengan harga RM59 je.

Terkejut gak promosi urutan tu..Sebab bila refer dengan broucher dorang harga asal memang RM99 untuk 1 jam gak kira mahal lah jugak, tapi rakan kite orang asyik cerita pasal rawatan dorang je, rasa excited nak cuba tu meluap-luap gak la.Dah di pasak dengan cerita pelbagai tentang rawatan spa dan feedback positif dari rakan kite orang yang dah banyak kali dapatkan rawatan kat sini.Dorang siap boleh request nak staff mana yang urut dorang.. 


So kite orang  decided lah nak cuba sendiri urutan kat situ.

Masa kita orang sampai kat situ, jam baru pukul  3 petang mcm tu..Masuk-masuk je dah terbau aroma terapi, persekitaran spa pun memang relax suram2 gitew..Nama pun spa kan,tak kanlah nak terang benderang lak kan?Dengan diiringi alunan muzik yang memang layan gak, kiteorang dijemput masuk ke sebuah bilik khas untuk berurut. 

Mulakan dengan langkah bismillahirahmanirahim....itu penting kan..

So dah tukar pakaian maka aktiviti mengurut pun dijalankan..relax nye....Masa dia urut tu, ok lah...aku rasa org yg urut aku tu memang ada jari jemari dan tangan yang magik kot, yelah lah, sebab aku boleh rasa cara urutan dorang tu berbeza.Senang cakap setiap sentuhan dorang tu ada rasa auranye.Sakit tapi sedap..

Nikmat kena urut ni sedap gak dia urut kaki tu, sampai tertidur aku...haha...

Then dah habis urut tu, kitaorg tunggu mak kat kaunter dorang ade bagi air.Dorang kate tu air buah.Sedap gak rasa dia, selalu orang panggil ni macam herba cina kot.. Bila adik aku keluar, then aku tanya lah adik aku, apasal aku tak dengar dia jerit, ekk?? tak sakit ke...dia pon cakap "sakit dan sedapp  gilaaaaaaaaaaaaaaaa! sampai sempat kuar air liur basi!!"

Then aku tanya ah lagi "Cittt iyer la tuu..!" pastu ada ke adik aku cakap "boleh ke pasni kau belanje lagi rawatan yang lain plak??

Hahahaha

Gila apa adik aku ni, ingat staff dorang nak layan ko je ke satu hari???? Bagilah peluang kat orang lain test dulu..Next time kite try rawatan lain pulak.

Jom Whatsapp temujanji anda 

šŸ‘‰ Whatsapp / Telegram : 
 013 - 684 2222 / 019 - 668 2422

Group Promotion For Telegram :
https://t.me/AnjungMerantiSpaSeremban


Tuesday, 18 April 2017

02:12

Wanita Cepat Stress?Ni adalah Penyebabnya

Wanita Cepat Stress?Ni adalah Penyebabnya
Kaum ibu yang bekerja atau anda yang bergelar Wanita amat mudah mengalami tekanan.Tak kira sama ada di tempat kerja,rumah,sekolah dan juga persekitaran.Antara tubuh yang sering menerima kesan akibat tekanan ialah di leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit.

Tekanan dan ketegangan badan banyak bergantung kepada pergerakan anggota itu sendiri. Jika sebelah kiri banyak bergerak, maka bahagian kiri yang banyak mengalami ketegangan.Kebiasaanya leher dan bahu akan tegang dan sakit menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain, insomnia dan keletihan.


Di Anjung Meranti Beauty Spa kami menggunakan Kaedah urutan aroma Terapi.Kaedah urutan aromaterapi dapat merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri.Bagi memudahkan urutan dilakukan, minyak aromaterapi disaran digunakan kerana berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga secara automatik turut segar dan bertenaga semula.

Kebaikan Coffee Scrub:

šŸ‘‰Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
šŸ‘‰Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
šŸ‘‰Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku, celah ketiak.
šŸ‘‰Mengurangkan tekanan dan keletihan.
šŸ‘‰Mengekalkan tenaga.
šŸ‘‰Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
šŸ‘‰Memperbaiki tekstur kulit.
šŸ‘‰Mengurangkan dehidrasi
šŸ‘‰Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
šŸ‘‰Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
šŸ‘‰Menghilangkan warna kulit berbelang.
šŸ‘‰Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
šŸ‘‰Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
šŸ‘‰Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

Hasil pembacaan dari lifestyle.com peneliti dari Jerman iaitu Wilhelm Stahl dipetik berkata:“Mengambil pepejal cocoa (coklat) yang kaya flavonoid seperti dark chocolate dapat mencegah kanser kulit.”

Manakala hasil penelitian dari Heinrich U, Nukam K, Tronnier H, Sies H, dan Wilhem S, yang diterbitkan di Journal of Nutrition 2006 juga menunjukkan pengambilan coco kaya flavanol yang dalam jangka panjang dapat bermanfaat untuk melindungi dari sinar UV berlebih yang menimbulkan erythema dan meningkatkan keadaan kulit pada wanita.

Manfaat Lulur Coklat:

šŸ‘‰Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam lulur coklat berkhasiat melembutkan, menghaluskan kulit.
šŸ‘‰Lulur coklat juga dapat memutihkan atau mencerahkan kulit.
šŸ‘‰Mencegah kedutan.
šŸ‘‰Kandungan katekin (catechin) yang merupakan antioksidan mampu mencegah penuaan diri.
šŸ‘‰Melindungi kulit dari pencemaran dan menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.
šŸ‘‰Memberikan nutrisi, melembabkan untuk kulit yang sering berada di dalam pejabat yang berhawa dingin.
šŸ‘‰Menjadikan kulit menjadi harum dan menghilangkan bau badan.
šŸ‘‰Aromanya mampu menenangkan minda.

Call / Wasap untuk Temujanji : 013- 684 2222

Monday, 17 April 2017

20:47

Kebaikan Gula Perang Untuk Darah Dalam Badan

Kebaikan Gula Perang Untuk Darah Dalam Badan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mungkin dah ramai yang tahu apa khasiat gula perang kepada tubuh badan kita.Selalu kita cuma guna gula pasir untuk dicampurkan dalam minuman kita seperti kopi, dan makanan harian yang bermasak..

Menurut perubatan Tradisional Cina, mereka menggunakan gula perang sebagai pengganti gula pasir.Di Anjung Meranti Beauty Spa salah satu keistimewaan kami ialah menghidangkan air kesihatan yang dikenali sebagai Air Herba Cina.Antara bahan yang terdapat didalam bancuhan air ini ialah gula perang.

APA YANG BESTNYA GULA PERANG NI?

Gula perang ni adalah salah satu alternatif untuk kesihatan bagi menggantikan gula putih. Gula perang mengandungi kalsium, magnesium, potassium dan iron.Gula perang mempunyai rasa yang kuat seperti caramel dan memberi kesan yang sedap pada masakan.

Selain daripada itu gula perang juga baik untuk hati dan boleh membantu melancarkan peredaran darah pada tubuh.Sebab itu lepas berurut di Anjung Meranti Beauty Spa, pelanggan akan rasa segar dan bertenaga seperti sediakala..In Shaa Allah...
03:22

Jangan Rasa Tertekan Sebab Kulit Kusam

Jangan Rasa Tertekan Sebab Kulit Kusam
Sesiapa pun rasa tertekan bila kulit wajah korang yang halus mulus tu bertukar menjadi kusam, tak bermaya dan nampak tua dari usia.Selain dari faktor pemakanan, sikap tidak ambil peduli tentang penjagaan wajah juga menyebabkan wajah semakin menjadi teruk.Kulit kusam,jerawat,jeragat dan jeragat parut tidak boleh dihapuskan dalam masa satu hari, kadangkala mengambil masa bertahun juga untuk pulih sepenuhnya.Jerawat ni tumbuh di wajah berpunca dari kulit berminyak dan sebagainya.Di Anjung Meranti Beauty Spa kami ada penyelesaianya...



Dermabrassion treatment RM 99

* Melicinkan permukaan yang kasar
* Membuang lapisan kulit mati yang tebal
* Membuang parut jerawat
* Pengaliran darah yang lancar dengan sedutan
1 jam tempoh rawatan.

STEP YANG DIBUAT:


- Cleansing Milk
- Dual Plus Cleansing Face N Shoulder
- Scrub
- Dermabrassion Machine
- Extraction (remove black N white head)
- Whitening Black Charcoal Mask

Nak tahu rawatan apa lagi yang kami ada, jangan malu-malu picit je no tel kat bawah tu ha 

šŸ‘‰ Whatsapp / Telegram : 013 - 684 2222 / 019 - 668 2422
Office : 06 - 678 8232


šŸ‘‰
Group Promotion For Telegram :
šŸ‘‰ https://t.me/AnjungMerantiSpaSeremban

šŸŒ“Lokasi :
Di sebelah Maybank Dataran Senawang.
Pengguna google maps klik -- https://goo.gl/maps/wFtvimseQKy

šŸ˜ Buka :
8.00 pagi – 10.00 malam (By appointment)
10.00 pagi – 7.00 malam (Walk in)
Isnin – Ahad